Terdapat beberapa jenis ruam kulit berserta penyebab dan rawatannya.Rawatan tidak akan mendatangkan kesan sekiranya penyebab ruam tersebut tidak dihapuskan terlebih dahulu.
Apakah ruam kulit?
Ia merupakan gangguan kulit yang bersifat
sementara. Kulit akan menjadi merah disebabkan kesesakan kapilari. Ruam ini
terjadi dalam berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Sesetengah daripadanya
berbentuk lepuh yang gatal, berbintil-bintil/bengkak-bengkak, bertompok-tompok
merah dan berkulit kasar. Sebahagian kecil daripadanya memerlukan rawatan perubatan.
Ruam kulit yang biasa
Penjagaan sendiri
Sebelum mengambil apa-apa rawatan, adalah penting anda mengetahui punca sebenar terjadinya ruam tersebut. Ini akan membantu anda memilih rawatan yang betul.Tetapi anda dinasihatkan supaya berjumpa doktor, sekiranya:
Jadikan ini sebagai amalan jika anda
mempunyai kulit yang sensitif:
Apakah ruam kulit?
Ia merupakan gangguan kulit yang bersifat
sementara. Kulit akan menjadi merah disebabkan kesesakan kapilari. Ruam ini
terjadi dalam berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Sesetengah daripadanya
berbentuk lepuh yang gatal, berbintil-bintil/bengkak-bengkak, bertompok-tompok
merah dan berkulit kasar. Sebahagian kecil daripadanya memerlukan rawatan perubatan.
Ruam kulit yang biasa
Keadaan atau Penyakit | Penyebab | Rupa bentuk ruam | Kawasan kulit yang dijangkiti | Gejala-Gejala lain | Penjagaan Sendiri |
Ruam lampin | Kulit bersentuhan terlalu lama dengan air kencing, najis dan bahan- bahan kimia tertentu | Ia kelihatan merah, sedikit kasar, berkerak dengan garisan sempadan tompok yang jelas. Selalu terjadi bertompok-tompok diikuti dengan binti-bintil kecil diluar kawasan terjangkit. | Kemaluan, punggung, kelangkang dan peha | Kerengsaan, terasa sakit, gatal, bengkak kecil | Hapuskan segala punca atau penyebabnya. Sapu krim anti-keradangan dan anti kulat. Jangan menggunakan sabun pada ruam lampin |
Tinea pedis | Jangkitan kulat | Pecah-pecah, mengelupas, berkerak, lepuh mengeluarkan air bisa, kulit kering dan pecah. Kelihatan keputihan dan lembab. Kulit menebal dan berkeruping, kuku pecah-pecah. | Di celah-celah ibu jari kaki | Gatal, berbau yang tidak menyenangkan, terasa sakit dan kerengsaan | Rawatan dengan ubat anti kulat (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi). |
Cradle cap (Kudis di kepala) | Hormon yang memasuki uri sebelum kelahiran, terlekat di kepala bayi dan tidak dicuci dengan baik dan sentiasa menutup kepala bayi. | Berminyak, berkeruping berwarna kekuningan, selalunya kelihatan merah. | Jangkitan bermula dari belakang telinga dan merebak hingga ke kulit kepala. | Kerak-kerak halus dan kerengsaan. | Basuh kepala setiap hari dengan sabun berubat. Cuci dan bersihkan segala kelemumur dan kerak di kepala.Lap dengan tuala yang direndam dalam air suam. Dedahkan kepala kepada udara dan matahari. |
Ruam panas ( Prickly heat) | Kelenjar peluh tersumbat oleh habuk dan kepanasan | Jerawat kecil berwarna merah. Terdapatnya lepuh yang berwarna merah jambu di atas kulit. | Dada, di belakang , pinggang, ketiak dan kemaluan. | Gatal-gatal (mungkin kesan dari demam). | Elakkan dari kepanasan. Mandi dengan air sejuk. Sapu losyen Calamine. |
Rubela | Virus Rubela (boleh dicegah dengan suntikan vaksin) | Ruam leper bertompok-tompok merah jambu | Muka, leher, badan dan di kelenjar-kelenjar yang lembut | Mudah berjangkit mulai dari hari ke tujuh sebelum timbulnya ruam sehinggalah 7 hari selepas itu | Rawat demam dengan ubat parasetamol. Elakkan dari berdampingan dengan wanita hamil.Minum lebih banyak air dan berjumpalah doktor. |
Ekzema (Atopic dermatitis) | Bahan alergen (boleh berlaku di kalangan keluarga yang menghidap alahan). | Kering, merah, dengan lepuh yang kecil dan berair. Kulit pecah-pecah, lepuh dan mengeluarkan air serta berkerak. Jika digaru kulit akan menjadi tebal dan kasar. | Pada bayi: ia bermula di lengan, kaki dan pipi; Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa; terjadi di leher, lengan, lutut dan siku. | Gatal-gatal (bermula gatal-gatal kemudian timbulnya ruam selepas beberapa jam atau beberapa hari kemudian). | Berjumpalah doktor untuk didiagnos dan dirawat |
Cacar air | Virus Herpes zoster (kayap) | Tompok-tompok kecil berwarna merah yang banyak dan terasa gatal.Kemudian ia akan bertukar menjadi jerawat kecil dan akhirnya membentuk keruping. | Bermula di belakang badan, dada dan perut kemudian di seluruh badan. | Demam ringan 24 jam sebelum timbulnya ruam.Kemudian diikuti dengan terasa sangat gatal | Rawat demam dengan ubat parasetamol. Jika keruping dijangkiti, sapu dengan Gentian violet atau krim antibiotik di tempat yang gatal. (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi). |
Psoriasis | Tidak diketahui sepenuhnya. Boleh terjadi di dalam keluarga. | Bintil-bintil merah, tebal dan kasar diselaputi keruping berwarna putih atau perak. | Kulit kepala, bulu mata, tangan, kuku, siku, lutut dan punggung.Boleh juga berlaku di mana-mana bahagian badan. | Terasa gatal sedikit | Berjumpa doktor jika disyaki menghidap psoriasis. |
Impetigo | Jangkitan bakteria pada kulit | Timbulnya kudis yang berkeruping kekuningan serta berkilat | Selalu terjadi di muka kanak-kanak, terutama di sekeliling mulut. | Kadangkala diserang demam diikuti dengan terasa gatal-gatal. | Berjumpalah doktor. |
Ruam gatal(hives) | Tindak balas alahan terhadap makanan, jangkitan virus, ubat, gigitan serangga atau bahan-bahan lain. | Tompok yang menebal dan membonjol seperti sengatan lebah. Ia akan timbul dan hilang dan berubah dari satu tempat ke satu tempat lain. | Mana-mana bahagian | Teramat gatal, bagi kes yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas, bengkak tekak (memerlukan rawatan kecemasan). | Mandi dengan air sejuk atau tuam dengan sesuatu yang sejuk. Jika kegatalan yang dialami sangat teruk, dapatkan ubat antihistamin seperti Chlorpheniramine. Berjumpalah doktor sekiranya gejala semakin teruk. |
Penjagaan sendiri
Sebelum mengambil apa-apa rawatan, adalah penting anda mengetahui punca sebenar terjadinya ruam tersebut. Ini akan membantu anda memilih rawatan yang betul.Tetapi anda dinasihatkan supaya berjumpa doktor, sekiranya:
- Anda tidak begitu pasti penyebabnya.
- Ruam diikuti dengan demam.
- Ruam meliputi kawasan yang luas.
- Terdapat sejarah menghidap ruam
kulit dalam keluarga. - Anda merasa tidak selesa.
- Ia mengeluarkan cecair,
berdarah atau bernanah. - Anda merasakan ia boleh berjangkit.
- Ia tidak sembuh dalam masa 3 hari selepas anda cuba merawat
sendiri.
Jadikan ini sebagai amalan jika anda
mempunyai kulit yang sensitif:
- Memakai sarung tangan ketika
membasuh atau membuat kerja-kerja rumah. - Gunakan sabun yang lembut untuk
membasuh pakaian dan membilasnya dengan sempurna. - Gunakan krim pelindung sebelum bekerja dengan sesuatu yang basah. (contoh: air, pelarut dan
sebagainya). - Pakai pakaian yang dibuat 100% daripada kapas untuk kulit yang
sensitif. - Gunakan salap atau krim pengemulsi daripada menggunakan sabun
untuk membersihkan dan melembapkan kulit anda (dapatkan nasihat pegawai
farmasi). - Pastikan kuku jari anda pendek untuk mengurangkan kerosakan kulit
akibat menggaru.
0 comments:
Post a Comment