THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 16, 2011

tsunami..bulan...graviti...bumi????

Report kate 19hb/3/11 ni akan berlaku fenomena bulan besar dari biase...org puteh kate supermoon..
tp, yg peliknye...ade kait maet ke ngan tsunami kat jepun tuh??
jom imbas kembali..jengjengjeng!!

2011 : Supermoon berlaku sembilan hari selepas tsunami Jepun 
2005 : Supermoon berlaku dua minggu selepas tsunami di Acheh 
1989 : Supermoon berlaku beberapa hari sebelum gempa bumi di San Francisco 
1886 : Supermoon berlaku beberapa hari sebelum gempa bumi di Charleston  
1883 : Supermoon berlaku tiga hari sebelum Krakatoa meletup.
 
har....cmne tuh??xtau la ek ade kait ke tidak..
tp surf punye surf..dapat la jugak
supermoon ni datang dari astrology ok, bukan astronomi
memang la ahli astrologi nampak keje macam lg pandai...tp hakikatnye ahli astrologi tu keje die meramal zodiak, meramal tarikh lahir..kan haram percaye bende tu sume..
TAPI... ade jugak yg cakap
 fakta sains tentang pasang-surutnya air laut memang berkait rapat dengan peredaran bulan mengelilingi bumi.
Walaubagaimana pun pada 22 Disember 1999 yang lalu kedudukan bulan
adalah yg paling hampir sekali dengan bumi dlm peredarannya mengelilingi
bumi tahun ini. Dalam pada masa yang sama juga planet bumi sedang
menghampiri ke kedudukan paling hampir dengan matahari .Oleh kerana bulan pada kedudukan paling hampir
dengan bumi dan bumi pula akan ke kedudukan paling hampir ke matahari
maka tarikan graviti ke atas planet bumi oleh bulan dan matahari adalah
lebih kuat daripada biasa. Malah gabungan tarikan dua objek angkasa
keatas bumi ini menyebabkan paras air laut pasang akan nampak lebih
ketara dari biasa yang dialami. Tambahan lagi angin Timur Laut sedang
bertiup atau ada ribut, maka ini sudah tentu menghasilkan ombak yang
lebih besar kerana persisiran pantai yg cetek sebelum ini sudah menjadi
dalam ketika air pasang tadi

0 comments: